Sunday, October 5, 2008

Mengenal Tuhan Secara Peribadi

Apa yang harus dilakukan untuk memulai suatu hubungan dengan Tuhan? Menunggu sampai disambar petir? Mengabdikan diri untuk melakukan tatacara keagamaan? Menjadi orang yang lebih baik supaya Tuhan akan menerima anda? TIDAK SATUPUN, Tuhan telah menjelaskan di dalam Alkitab bagaimana kita dapat mengenal-Nya. Artikel ini akan menjelaskan kepada anda bagaimana anda secara peribadi dapat memiliki hubungan dengan Tuhan saat ini juga ...

Prinsip Pertama:
Allah mengasihi anda dan menawarkan rancangan yang indah bagi hidup Anda.

Allah menciptakan anda. Bukan hanya itu saja, TUHAN sangat mengasihi anda dan Ia ingin anda mengenal-Nya sekarang ini dan suatu saat nanti bersama-Nya. Yesus berkata, "Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini sehingga Ia mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan beroleh hidup yang kekal." (Yohanes 3:16)

Yesus datang supaya setiap orang dapat mengenali-Nya dan memahami Allah secara peribadi. Yesus sendiri yang dapat membawa erti dan tujuan dalam hidup anda.

Apa yang menghalang kita untuk mengenal Allah?


Prinsip Kedua:
Semua manusia berdosa dan dosa itulah yang memisahkan kita dari Allah.

Kita merasa terpisah dan jauh daripada Tuhan kerana dosa kita. Alkitab menuliskan bahawa "Kita semua seperti domba yang sesat dan masing-masing memilih jalan sendiri" (Yesaya 53:6)

Lebih dalam lagi, semua tindakan kita mungkin merupakan pemberontakan secara aktif ataupun penentangan secara pasif terhadap Allah dan jalan-Nya, menurut Alkitab itu adalah dosa.

Akibat dosa dalam hidup kita adalah maut -- terpisah secara rohani dari Tuhan (Roma 6:23) Walaupun kita mencuba dengan sedaya upayanya untuk datang kepada Tuhan melalui usaha-usaha sendiri, tetapi kita pasti gagal.

Gambarajah ini menggambarkan jurang antara Manusia dan Tuhan. Anak panah menggambarkan bagaimana kita berusaha mencapai Tuhan melalui usaha-usaha kita. Kita mungkin melakukan perbuatan-perbuatan baik dalam hidup kita atau berusaha agar diterima oleh Tuhan melalui hidup yang baik, faisafah dan agama. Namun perbuatan-perbuatan baik kita tidak cukup untuk menutupi semua dosa kita,

Bagaimana kita dapat menjambatani jurang tersebut?


Prinsip Ketiga:
Yesus Kristus adalah satu-satunya jalan bagi pengampunan dosa kita. Melalui Dia kita dapat mengetahui dan mengalami kasih dan rancangan Tuhan dalam hidup kita.

Kita harus mengakui dosa kita. Balasan terhadap dosa kita adalah maut. Agar kita tidak mati dan terpisah dari Tuhan, kerana kasih-Nya kepada kita, Yesus mati menggantikan kita. Di kayu salib, Yesus menanggung semua dosa kita dan membayarnya secara lunas. "Kerana Kristus mati untuk semua orang supaya Ia dapat membawa kita kepada Allah (I Petrus 3:18). "... Ia menyelamatkan kita bukan kerana perbuatan-perbuatan baik yang kita lakukan, tetapi kerana kemurahan-Nya (Titus 3:5). "Kerana kematian Kristus di kayu salib, dosa-dosa kita tidak lagi dapat memisahkan kita dari Allah.

Kerana Allah begitu mengasihi dunia ini sehingga Ia mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan beroleh hidup yang kekal" (Yohanes 3:16)

Yesus tidak hanya mati untuk dosa-dosa kita, namun Dia juga bangkit dari kematian (I Korintus 15:3-6). Ketika Ia bangkit, Ia membuktikan bahawa Ia sanggup memberikan jaminan hidup kekal -- bahawa Ia adalah Anak Allah dan Ia adalah satu-satunya jalan untuk mengenal Allah. Itu sebabnya Yesus berkata, "Aku lah jalan, kebenaran, dan hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kalau tidak melalui AKU" (Yohanes 14:6)

Oleh kerana kita terus menerus berusaha dengan kekuatan kita sendiri untuk dapat mencapai Tuhan, Yesus memberitahu bahawa kita dapat memulai suatu hubungan dengan Dia saat ini juga. Yesus berkata, "Datanglah pada-Ku" "Barangsiapa haus, datanglah kepada-Ku dan minumlah. Barangsiapa percaya kepada-Ku ... dari dalam hatinya akan mengalir aliran air hidup (Yohanes 37:37-38). Kasih Yesus lah yang membawa Dia memikul salib. Dan saat ini Ia mengundang kita untuk datang kepada-Nya sehingga kita dapat memulai hubungan pribadi dengan Allah.

Hanya mengetahui bahawa Yesus telah mengampuni dosa-dosa kita adalah tidak mencukupi. Kita harus menerima Dia masuk ke dalam hidup kita...

Prinsip Keempat:
Kita harus menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat dan Tuhan kita secara peribadi.

Alkitab menuliskan, "Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa supaya menjadi anak-anak Allah iaitu mereka yang percaya dalam nama-Nya" (Yohanes 1:12)

Kita menerima Kristus dengan iman. Alkitab mengatakan, "Sebab kerana kasih karunia kamu diselamatkan. Itu bukan hasil usahamu tetapi pemberian Allah. Itu bukan hasil pekerjaanmu, jangan ada orang yang memegahkan diri" (Efesus 2:8-9)

Menerima Yesus bererti percaya bahawa Yesus adalah Anak Allah seperti yang Ia ucapkan dan mengundangNya untuk memimpin dan menguasai hidup kita (Yohanes 3:1-8). Yesus berkata: "Aku datang supaya kamu memiliki hidup dan memilikinya dalam segala kelimpahan." (Yohanes 10:10b).

Dan inilah undangan Yesus. Ia berkata, "Aku berdiri di muka pintu dan mengetuk. Jika ada yang mendengar suara-ku dan membukakan pintu, Aku akan masuk" (Wahyu 3:20).

Bagaimana Anda menerima undangan Yesus ini?

Perhatikanlah dua buah bulatan di bawah ini :


Hidup yang dikuasai
oleh diri sendiri

Saya berada di atas takhta

Yesus di luar lingkaran kehidupan

Keputusan-keputusan dan tindakan- tindakan yang dipimpin oleh diri sendiri dan berakhir dengan keputusasaan



Hidup yang dikuasai
oleh Yesus

Yesus bertakhta dalam hidup

Saya tunduk kepada Yesus

Mereka dapat melihat kesan dari pimpinan Yesus dalam hidup mereka


Bulatan manakah yang mencerminkan hidup anda?

Bulatan manakah yang anda ingin mencerminkan hidup anda?

Berikut menjelaskan bagaimana anda menerima Yesus...

Anda boleh menerima Yesus sekarang ini juga. Yesus berkata, "Aku berdiri di depan pintu dan mengetuk. Jika ada yang mendengar suara-ku dan membukakan pintu, Aku akan masuk" (Wahyu 3:20).

Adakah anda ingin mengundang Yesus masuk ke dalam hidup anda?

Berikut adalah doa yang dicadangkan:

Tuhan lebih mengetahui isi hati anda, Dia lebih mementingkan sikap hati mu daripada kata-katamu. Berikut merupakan satu cadangan doa untuk anda."

"Tuhan Yesus, aku memerlukan Engkau. Terima kasih kerana mati di atas salib untuk mengampun dosa-dosaku. Aku membuka pintu hatiku dan menerima Engkau sebagai Penyelamat dan Tuhanku.Terima kasih kerana memberi hidup yang kekal kepadaku. Jadikanlah aku seorang peribadi mengikut kehendak-Mu. Amin"

Jika anda sungguh-sungguh meminta Yesus untuk masuk ke dalam hidup anda, yakin lah bahawa Yesus telah masuk ke dalam hidup anda seperti yang telah dijanjikan-Nya. Anda telah memulai hubungan secara peribadi dengan Tuhan.

Anda telah memulai sebuah perjalanan bersama-sama dengan Tuhan Yesus. Perjalanan ini akan membantu anda terus berubah dan bertumbuh serta dapat mengenal Allah lebih baik melalui pembacaan Alkitab, doa dan persekutuan anda dengan orang-orang Kristian yang lain.

No comments: