Bagi saya sendiri di bahagian Publikasi, banyak bantuan yang diperolehi dari rakan-rakan Tim untuk menjayakan program ini dari aspek promosi. Buah fikiran untuk membuat poster dan borang pendaftaran telah berjaya disiapkan dalam dalam edaran ketika ini.
Untuk pengetahuan Tim yang lain, baru tadi saya menyerahkan poster untuk diletakkan di papan kenyataan Financial Park. Dalam perkiraan kemungkinaan poster ini tidak dibenarkan sama sekali. Tetapi mukjizat Tuhan sentiasa ada dan yang pasti Dia beserta dengan saya sebentar tadi. Apa yang ingin saya katakan sini adalah, bukan sahaja poster itu dibenarkan untuk dilekatkan di papan kenyataan berdekatan Parkson dan Maybank, malah sebarang bayaran untuk itu tidak dikenakan, ulang suara lagi, tiada bayaran untuk promosi di Financial Park.
Lagi satu, saya cuma mahu benda itu berada di papan kenyataan bagi tempoh 2 minggu tetapi sekali lagi bisikan Yesus telah didengari wanita yang bertugas (boy, buli tahan juga lawanya tapi inda tau namanya) dan semamangnya dia Katolik dan sempat bertanya seminar apakah ini, mengeluh kerana lama tidka ke gereja pergi sembahyang, dan macam-macam lagi pertanyaan yang dikemukan, sikit lagi sia 'hancur' tadi inda dapat jawap, tapi terjawap jugalah.
Berbalik kepada cerita tempoh akhir poster itu mahu dilekatkan..... seperti yang sia bilang tadi, sia mahu 2 minggu saja, tapi dia agak berkeras (secara lembut begia) "sia tanya betul-betul ni, ko mau sampai bila?" dia bilang.... emmm jawapan yang sama juga bah sia kasih iaitu 2 minggu tapi dia bilang bagus kasih simpan sampai 11 Julai 2009. (Nah dalam otak sia, mati kudasai lah ni mau membayar kunun sebab kalau sampai tarikh tu lebih kurang ada 6 minggu lagi, jadi kalau seminggu RM3 untuk satu poster, jadi sia kena bayar RM36 untuk dua poster bagi 6 minggu) Sebab macam masih inda percaya bah sia mau minta resit tapi dia bilang inda payah lah bayar, tulung-tulung untuk penginjilan dia bilang.... terus terkeluh ni lidah, tapi ucapan terima kasih tidak lupa sia bagi lah....
Nah jadi bila kita bekerja bagi Tuhan, pasti akan ada banyak pertolongan yang Dia berikan untuk meringankan keletihan, bebanan, ketakutan, kekosongan dan macam-macam lagi dalam diri kita bah kan....
Jadi sekian sajalah perkongsian sia pada pagi ini, opsss sebelum terlupa,
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan untuk semua rakan belia...... (sekejap lagi sia balik kampung sudah ni... ngehehehhe)