Sunday, October 5, 2008

Apakah tujuan hidup saya?

Pertimbangkan sebatang tukul. Ia direka sebegitu rupa untuk mengetuk paku. Itulah tujuan ianya dicipta. Sekarang, bayangkan tukul itu tidak pernah digunakan. Ia hanya tinggal tetap di dalam kotak peralatan. Tukul itu tidak kisah.

Tetapi sekarang, bayangkan pula bila tukul yang sama mempunyai jiwa dan kesedaran diri. Hari demi hari berlalu dan ia tetap tinggal di dalam kotak peralatan itu. Ia akan merasa lucu berada di dalam, tapi ia tidak pasti kenapa ia merasa seperti itu. Semacam ada sesuatu yang hilang, tetapi ia tidak mengetahui apakah itu.

Kemudian pada satu hari seseorang telah menariknya keluar dari kotak tersebut dan menggunakannya untuk mematahkan beberapa dahan kayu untuk dijadikan unggun api. Tukul itu berasa sangat riang. Dipegang, digunakan, memukul dahan-dahan -- tukul itu begitu menyukainya. Bagaimanapun, di akhir hari itu, ia belum merasa puas. Memukul dahan-dahan begitu menyeronokkan, tetapi itu tidak cukup. Masih ada yang hilang.

Hari-hari berikutnya, ia semakin selalu digunakan. Ia membentuk kembali benda yang telah hilang bentuknya, memecahkan beberapa kepingan batu-bata, mengetuk kaki meja supaya kembali ke kedudukan asalnya. Tetapi ia masih lagi belum merasa puas. Ia rindu untuk melakukan lebih banyak kerja. Ia mahu digunakan sekerap yang mungkin untuk mengetuk, untuk memecahkan, untuk menghancurkan dan untuk mengemikkan benda. Ia menyedari bahawa apa yang dilakukannya itu tidak cukup untuk memberi kepuasan kepadanya. Dia juga percaya, jawapan kepada kurangnya kepuasan pada dirinya adalah dengan melakukan lebih banyak pekerjaan itu.

Kemudian pada satu hari, seseorang menggunakan ia untuk mengetuk paku. Serta merta cahaya datang memasuki jiwa tukul itu. Ia sekarang sedar bahawa itu adalah sebab yang sebenar mengapa ia diciptakan. Ia sememangnya diciptakan untuk menukul paku. Selama ini semua benda yang dipukulnya tidak sesuai. Sekarang ia tahu apa yang dicari-cari oleh jiwanya selama ini.

Kita diciptakan melalui gambaran Tuhan untuk suatu perhubungan dengan Dia. Berada dalam perhubungan ini adalah satu-satunya perkara yang benar-benar memuaskan jiwa kita. Sebelum kita datang mengenal Tuhan, kita menghadapi pelbagai pengalaman yang indah, tetapi kita belum lagi menukul paku itu. Kita telah digunakan untuk tujuan-tujuan yang mulia, tetapi bukan sesuatu tujuan yang mana kita diciptakan khas untuk hal itu, bukan hal yang mana kita akan menemui kepuasan. Augustine meringkaskan hal ini melalui cara ini: " Engkau [Tuhan] telah menjadikan kami untuk diri Mu dan hati kami tidak tenang sehinggalah kami menemui rehat di dalam Mu."

Perhubungan dengan Tuhan adalah satu-satunya cara yang akan menghilangkan ketandusan jiwa kita. Yesus Kristus berkata " Saya adalah roti kehidupan. Sesiapa yang datang kepada Ku tidak akan lapar lagi, dan mereka yang percaya kepada Ku tidak akan merasa dahaga lagi." Kita akan terus merasa lapar dan dahaga di dalam kehidupan ini sehinggalah kita datang untuk mengenal Tuhan. Kita mencuba untuk "makan" dan "minum" berjenis-jenis perkara untuk memuaskan kelaparan dan kehausan kita, tapi ia tetap kekal ada.

Kita seperti tukul itu. Kita tidak menyedari apa yang akan menamatkan kekosongan itu, dan kurangnya kepuasan dalam kehidupan kita. Walaupun berada di tengah-tengah kem penjara Nazi, Corri Ten Boom menemui Tuhan sebagai pemberi kepuasan yang sepenuhnya: "Dasar kegembiraan kita adalah kita mengetahui diri kita disembunyikan dengan Kristus dalam Tuhan. Kita boleh beriman kepada kasih Tuhan...gunung batu kita yang mana lebih kuat dari kegelapan yang terdalam."

Selalunya apabila kita membiarkan Tuhan berada di luar hidup, kita akan mencuba untuk mencari kepuasan melalui hal-hal lain selain daripada Tuhan, tetapi kita tidak akan pernah merasa cukup dengan hal-hal itu. Kita terus menerus "makan" dan "minum" lebih dan lebih lagi, dengan pemikiran yang silap bahawa 'lebih banyak' adalah jawapan kepada masalah, walaupun kita tidak pernah merasa benar-benar puas.

Keinginan terbesar kita adalah untuk mengenal Tuhan, memiliki perhubungan dengan Tuhan. Kenapa? Kerana itulah tujuan kita diciptakan. Adakah kamu sudah mengetuk paku itu?

2 comments:

--- said...

Ony, saya mau kawin!!!!!!! :)

Bambangan @ Ony said...

bah carilah yg sesuai bahhhhhhh