Friday, February 22, 2008

PERAHU



Aku duduk sambil menikmati senja dalam perahu keselamatanku yang sedang berlabuh. Aku melihat Yesus di ruang kemudi, menatapku, dan berkata: “Lepaskan tambatan perahumu dan biakan Aku membawamu ke seberang. Bukanlah rencana-Ku, agar kamu tetap berlabuh di sini.”

Dengan takut, gelisah dan khuatir, aku menjawap-Nya,” Tuhan, bukankah lebih baik aku tetap di sini maka aku tidak akan melihat taufan, badai dan angina rebut. malah, aku dapat kembali ke darat bila-bila masa yang ku inginkan.”

Dengan lembut Tuhan Yesus memegang tanganku, menatap mataku dan berkata, “Memang di sini kamu tidak akan dapat mengalami taufan, badai dan angin rebut. Tetapi, kamu juga tidak akan pernah melihat Aku mengatasi semua hal itu. Kamu tiadak akan melihat bahawa Aku berkuasa atas semuanya itu kerana Akulah Tuhan.”

Dengan pelbagai perasaan yang berat bermain di minda, aku memandang tali pengikat perahuku. Di tali itu aku melihat ada rasa kuatir akan kewangan, pekerjaan, pasangan hidup, dan banyak kekuatiran lainnya.

Di dalam hati aku bertanya, “Tahukah Ia mengenai apa yang aku inginkan? Mengertikah Ia mengenai apa yang aku rindukan dan dambakan?”

Yesus memelukku dan berbisik lembut, “Memang tidak semuanya akan sesuai dengan apa yang kamu inginkan, rindukan, dan dambakan. Bahkan, mungkin kamu akan mendapat hal yang sebaliknya, tetapi mahukah kamu percaya. Rancangan-Ku adalah rancangan damai sejahtera, masa depanmu bersamaKu akan menjadi masa depan yang penuh harapan.”

Ia memelukku dan menangis bersamaku, dan dengan berat aku melepaskan tali perahuku. Aku melepaskan semua rasa kegelisahan tersebut dari hatiku. Aku meletakkan hak atas masa depanku di tangan-Nya. Aku tidak tahu bagaimana masa depanku. Sambil menangis aku menatap-Nya dan berkata, “Jadilah Nakhoda dalam perahuku dan marilah kita belayar.”

Teman, serahkanlah seluruh hak atas masa depanmu ke dalam tangan-Nya. Kau tidak perlu tahu bagaimana Ia akan merancang semuanya itu, tetapi cukuplah dengan satu keyakinan akan firman Tuhan di dalam Yeremia 29:11

Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman Tuhan, iaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu pada hari depan yang penuh harapan (Yeremia 29:11)

No comments: