Friday, November 23, 2007

mengapa sulit mengucapkan syukur?

Aku bermimpi suatu hari aku pergi ke suatu tempat yang tidak pernah aku lihat dan sesuatu berupa malaikat menemaniku dan menunjukkan keadaan persekitaran. Kami berjalan memasuki suatu ruang kerja penuh dengan para malaikat. Malaikat yang menhantarku berhenti di depan ruang kerja pertama dan berkata, "Ini adalah Bahagian Penerimaan. Disini, semua permintaan yang ditujukan pada Allah diterima."


Aku melihat-lihat sekeliling tempat ini dan aku dapati tempat ini begitu sibuk dengan begitu banyak malaikat yang menyusun seluruh permohonan yang tertulis pada kertas dari manusia di seluruh dunia.


Kemudian aku dan malaikat tadi berjalan lagi melalui koridor yang panjang lalu sampailah kami pada ruang kerja kedua. Malaikat tadi berkata, "Ini adalah Bahagian Pembungkusan dan Pengiriman. Di sini kemuliaan dan berkat yang diminta manusia diproses dan dikirim ke manusia-manusia yang masih hidup yang memintanya". Aku perhatikan lagi betapa sibuknya ruang kerja itu. Ada banyak malaikat yang bekerja keras kerana terdapat banyak permohonan yang diminta dan sedang dibungkuskan untuk dikirim ke bumi.


Kami melanjutkan perjalanan lagi hingga sampai pada hujung terjauh koridor panjang tersebut dan berhenti pada sebuah pintu ruang kerja yang sangat kecil. Yang sangat mengejutkan aku, hanya ada satu malaikat yang duduk di sana, hampir tidak melakukan apa-apa pun. "Ini adalah Bahagian Pernyataan Terima Kasih", kata malaikat tadi perlahan. Dia kelihatan malu. "Bagaimana ini? Mengapa hampir tidak ada sebarang kerja di sini?" tanyaku. "Menyedihkan", malaikat tadi menghela nafas. "Setelah manusia menerima berkat yang mereka minta, sangat sedikit manusia yang mengirimkan pernyataan terima kasih", "Bagaimana manusia menyatakan terima kasih atas berkat Tuhan?", tanyaku. "Sederhana sekali", jawap malaikat. "Cukup berkata, "terima kasih, Tuhan".


"Lalu, berkat apa saja yagn perlu kita syukuri", tanyaku. Malaikat menjawap, "Jika engkau mempunyai makanan di peti sejuk, pakaian yang menutup tubuhmu, atap di atas kepalamu dan tempat untuk tidur, maka engkau lebih kaya dari 75% penduduk dunia ini.


"Jika engkau memiliki wang di bank, di dompetmu, dan wang syiling, maka engkau berada di antara 8% kesejahteraan dunia".


"Dan jika engkau membaca pesan ini di komputermu, engkau adalah sebahagian 1% di dunia yang memiliki kesempatan itu."


Juga... "Jika engkau bangun pagi ini dengan lebih banyak kesihatan dari kesakitan, engkau lebih diberkati daripada begitu banyak orang di dunia ini yang tidak dapat bertahan hidup sehingga hari ini."


"Jika engkau tidak pernah mengalami ketakutan dalam perang, kesepian dalam penjara, kesengsaraan penyiksaan, atau kelaparan yagn amat sangat, maka engkau lebih beruntung dari 700 juta orang di dunia".


"Jika ibu bapa mu masih hidup dan masih berada dalam ikatan pernikahan, maka engkau termasuk orang yang sangat jarang."


"Jika engkau masih boleh mencintai... maka engkau termasuk orang yang besar, kerana cinta adalah berkat Tuhan yang tidak boleh diperoleh dari manapun."


"Jika engkau dapat menegakkan kepala dan tersenyum, maka engkau bukanlah seperti orang kebanyakan, engkau unik dibandingkan semua mereka yang berada dalam keraguan dan keputusasaan."


"Jika engkau dapat membaca pesan ini, maka engkau menerima berkat berganda, iaitu bahawa seseorang yang mengirimkan ini kepadamu berfikir bahawa engkau orang yang sangat intimewa baginya, dan bahawa engkau lebih diberkati dari pada lebih dari 2 juta orang di dunia yang bahkan tidak dapat membaca sama sekali."


Nikmatilah hari-harimu, hintunglah berkat yang telah Tuhan anugerahkan kepadamu. Dan jika engkau berkenan sampaikan kisah ini kepada teman-teman mu untuk mengingatkan mereka betapa diberkatinya kita semua.


"Dan ingatlah tatkala Tuhanmu menyatakan bahawa, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambahkan lebih banyak nikmat kepadamu".


Ditujukan kepada: Department Pernyataan Terima Kasih.
"Terima kasih, Tuhan! Terima kasih, Tuhan, atas anugerahMu berupa kemampuan untuk menterjemahkan dan membagi pesan ini dan memberikan aku begitu banyak teman-teman yang istimewa untuk saling berbagi."

Tuesday, November 20, 2007

Tuesday, November 6, 2007

Makna sebuah cinta dariku untuk mu


Cinta itu banyak pengertian,
tapi bagi aku cinta itu adalah Kawan Sejati.
Orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalimu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.

Setiap apa yang dilakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan.

Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaan kerana kekayaan dapat musnah.

Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah ibarat kata orang setiap bunga mawar pasti ada durinya.

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti bunga ros berduri kerana harum baunya...

Ketahuilah juga, jika kita mencintai seseorang dengan sepenuh hati kita, kita dengan secara langsung bukan sahaja mencintai dirinya tetapi hampir setiap benda baik yang menjadi kesukaannya, kita akan berkongsi bersama......

Ketahuilah juga bahawa, kita bukan sahaja mencintai dirinya, tetapi setiap kenalannya terutama keluarganya.... dalam erti kata lain, kita mencintai dirinya, bermakna kita mencintai keluarganya......

Biarlah kita sahaja yang mencintai kenalan atau keluarganya walaupun ada masa tertentu semua itu mustahil bila masa dia tidak berbuat seperti apa yang kita lakukan... yang penting kita sudah tunjukkan betapa kita menyayangi dirinya dan keluarganya.....

Dan jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sesungguhnya dia pernah membahagiakan kamu, tetapi... apabila ada yang datang, jangan biarkan ia berlalu pergi dan jika esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali pada masa akan datang..... Sentiasa bersyukur kepada Tuhan dengan apa yang kita pernah perolehi sebab ketahuilah bahawa masih ada orang di luar sana yang belum pernah merasakan kebahagiaan yang pernah kita kecapi suatu masa dahulu.