Tuesday, November 6, 2007

Makna sebuah cinta dariku untuk mu


Cinta itu banyak pengertian,
tapi bagi aku cinta itu adalah Kawan Sejati.
Orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalimu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.

Setiap apa yang dilakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan.

Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaan kerana kekayaan dapat musnah.

Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah ibarat kata orang setiap bunga mawar pasti ada durinya.

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti bunga ros berduri kerana harum baunya...

Ketahuilah juga, jika kita mencintai seseorang dengan sepenuh hati kita, kita dengan secara langsung bukan sahaja mencintai dirinya tetapi hampir setiap benda baik yang menjadi kesukaannya, kita akan berkongsi bersama......

Ketahuilah juga bahawa, kita bukan sahaja mencintai dirinya, tetapi setiap kenalannya terutama keluarganya.... dalam erti kata lain, kita mencintai dirinya, bermakna kita mencintai keluarganya......

Biarlah kita sahaja yang mencintai kenalan atau keluarganya walaupun ada masa tertentu semua itu mustahil bila masa dia tidak berbuat seperti apa yang kita lakukan... yang penting kita sudah tunjukkan betapa kita menyayangi dirinya dan keluarganya.....

Dan jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sesungguhnya dia pernah membahagiakan kamu, tetapi... apabila ada yang datang, jangan biarkan ia berlalu pergi dan jika esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali pada masa akan datang..... Sentiasa bersyukur kepada Tuhan dengan apa yang kita pernah perolehi sebab ketahuilah bahawa masih ada orang di luar sana yang belum pernah merasakan kebahagiaan yang pernah kita kecapi suatu masa dahulu.

No comments: