Monday, March 19, 2012

Salam buat semua rakan

Terlalu lama saya tidak memberi sebarang coretan di Blog kehidupan agama saya ini..... rasanya seperti berdosa sangat kan....

Jadi pra-paska ni banyak menginsafi saya untuk kembali bergiat walaupun tidak seaktif dahulu... jadi biar awal kemunculan saya kembali ini saya sediakan doa-doa yang pada saya penting untuk diri saya dan rakan2 kristian lainnya.

Dan memandangkan, sya bermula pada malam hari, maka rasanya lebih baik saya mulai dengan Doa Malam ya.....

Doa Malam
Tuhan, aku bersyukur dan bersukacita atas segala kebaikan dan kesetiaan-Mu. Sepanjang hari ini kurasakan bimbingan-Mu. Begitu banyak yang telah Kau lakukan bagiku. Oleh sebab itu aku bersukacita kerana Engkau. Terima kasih Tuhan atas pertolongan dan perlindungan-Mu. Aku senang kerana Engkau mendnerkan doa dan menjawab aku setiap kali aku berseru kepada-Mu meminta tolong. Sukacita yang Kua berikan kepadaku jauh melebihi kegembiraan ornag yang memandang hasil yang berkelimpahan. Malam hari ini aku akan berbaring dan tidur nyenyak, kerana walaupun aku seorang diri, ya Tuhan, Engkau menyertai aku dan menjagaku. Dalam nama Yesus aku berdoa. Amin.

Tuhan adalah gembalaku, takkan kekurangan aku. Mazmur 23:1


Doa Malam
(Tiap-tiap malam, sebelum tidur, harus kita bersyukur kepada Allah sebab Ia menolong dan melindungi kita pada hari tadi. Lagi pula kita memohonkan Allah supaya Ia melindungi kita pada malam ini, dan memberi kita tidur yang nyenyak)

Atas nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus, Amin.

Ya Tuhanku dan Allahku,
saya bersykukur kepadaMu atas segala kemurahan,
Lebih-lebih lagi atas pemeliharaanMu pada hari yang lalu.
Saya bersyukur atas segala kebaikan yang saya terima daripadaMu.
Pada hari tadi, saya berbuat baik, tetapi saya berbuat dosa juga.
Saya menyesal atas dosa itu dan meminta pengampunan daripadaMu.
(periksalah kelakuan sepanjang hari terhadap dosa-dosa)
Ya Allah, Bapaku
saya sungguh menyesal atas dosa-dosaku, sebab saya telah menghina Engkau.
Saya berjanji dengan pertolongan rahmatMu akan cuba tidak berbuat dosa pula.
Kasihanilah saya, ya Tuhan, orang yang berdosa.
Lindungilah saya pada malam ini. Jauhkanlah daripada saya segala bahaya, celaka dan segala yang jahat.
Berikanlah tidur nyenyak kepad asaya supaya saya dapat mengabdi Dikau dengan lebih baik pada keesokan hari.
Malaukan Allah, pelindungku, jagalah saya pada malam ini.
Santa Maria, Bunda Allah dan bindaku, doakanlah saya dan lindungilah saya
Salam Maria .................... (3 kali)
Ya Tuhan Allah,
semoga berkatMu selalu tinggal atas rumah ini.
Amin.
Atas nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus. Amin.

No comments: