Friday, May 2, 2008

pengharaman perkataan Allah

Prosiding kes pengharaman perkataan Allah bermula 29 April
25-04-2008 03:53:01 PM
oleh NURUL AIN HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 29 April sebagai tarikh perbicaraan kes permohonan editor akhbar Herald -The Catholic Weekly, Fathers Lawrence Joseph dari Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur berhubung penggunaan perkataan Allah dalam akhbar mingguan tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Lau Bee Lan mentetapkan tarikh itu di dalam kamar beliau setelah mendengar sebutan semula kes tersebut.

Peguam responden, Porres Royan yang mewakili Fathers Lawrence Joseph dan Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur memberitahu pemberita, cadangan Lau Bee Lan itu telah dipersetujui kedua-dua pihak.

Pihak plantif meminta mahkamah meluluskan tiga pernyataan tuntutan terhadap pihak defendan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang diwakili oleh peguam Suzana Atan.

Tuntutan pertama adalah semakan semula deklarasi keputusan yang dibuat oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Tuntutan kedua pula, permohanan terhadap hak certiorary dan tuntutan terakhir adalah membantah keputusan Menteri Keselamatan Dalam Negeri terhadap pengharaman penggunaan perkataan Allah dalam akhbar Herald - The Catholic Weekly.

Pada 28 Disember 2007, negara Malaysia gempar dengan kenyataan akhbar Herald - The Catholic Weekly yang dimiliki oleh gerakan Kristian Katolik telah memohon mahkamah untuk membenarkan mereka menggunakan nama Allah kerana yakin mereka juga mempunyai hak untuk menggunakan perkataan tersebut sebagai kata ganti nama kepada Tuhan.

Namun Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah mengarahkan agar penggunaan perkataan tersebut dihentikan serta merta.

Jika tidak, lesen penerbitan mereka tidak akan disambung selepas tamat pada 31 Disember 2007 nanti.

Prosiding perbicaraan kes akan bermula Selasa depan.

No comments: