Friday, April 25, 2008

Pujian untuk-Mu selamanya

“Puji- pujian selamanya hanya dalam nama Tuhan.” Apakah maksudnya “Pujian dalam Tuhan?” Adakah ia hanya bermaksud kita berterima kasih kepada Tuhan ke atas perkara yang baik berlaku dalam kehidupan kita sahaja?


Sememangnya penting, memuji Tuhan lebih dari segalanya. Bermaksud memuji Dia kerana siapa Dia sama seperti apa yang telah dilakukanNya.


Ia bermaksud kita telah menerima khabar gembira Yesus sebagai juruselamat kita dan akan tinggal bersama Dia selamanya di syurga.

Tuhan menyayangi setiap kita dan Dia sungguh baik dan kita harus katakan bahawa kita amat mencintai Tuhan.

Walau dalam godaan dan cobaan, Tuhan sentiasa mendampingi kita setiap saat dan masa walau di mana kita sekali pun.

Dia adalah Bapa syurgawi kita dan senantiasa menyanyangi kita semua.

Minggu ini, kita berdoa;

  • Terima kasih Tuhan di atas setiap kelimpahan dan kasih yang diberi
  • Memuji Tuhan dan beritahu Dia betapa kita juga menyanyangi dan merindui Dia
  • Memuji Dia dan menyanyikan lagu lagu cinta kepada-Nya

No comments: