Monday, November 26, 2007

RENUNGAN: BERHARGA DI MATA BAPA…

Sekali pun sesama kita menolak kita,
Sekali pun sesama kita tidak menghargai
kita,
Namun Bapa menerima dan menghargai kita
dengan apa adanya kita…

Sekali pun sesama kita membenci kita,
Sekali pun sesama kita tidak menyayangi
kita,
Namun Bapa sangat mencintai kita…

Sekali pun sesama kita merancangkan
rencana jahat terhadap kita,
Sekalipun sesama kita melakukan yang
tidak baik terhadap kita,
Namun Bapa merancangkan rencana yang
baik dan indah bagi masa depan kita….

Sekali pun sesama kita tidak mahu
mendengarkan keluh kesah kita,
Sekalipun sesama kita tidak mahu
menolong kita,
Namun Bapa dengan sabar sentiasa
mendengarkan keluh kesah dan menolong
kita…

Kita harus ingat…...
Kita sangatlah berharga di mata Bapa,
Bahkan sebelum dunia dijadikan, Bapa
telah memilih kita,
Bahkan sebelum dalam kandungan, Bapa
telah melukiskan kita di telapak tangan-
Nya…
Betapa berharganya kita di mata Bapa…
Sehingga Bapa rela memberikan Putera
Tunggal-Nya bagi kita…
Betapa Bapa menyayangi kita…
Bapa selalu ada untuk kita dan selalu
sayang serta menghargai apa adanya kita.

No comments: